Projek Komersil Tanaman Pucuk Manis secara sambilan (Part-time)
Pengenalan Projek
Tanaman pucuk manis telah ditanam 1/4 ekar diatas Agriplaza Farm. Tanaman ini amat peka kepada air yng bertakung. Jika sekiranya batang pokok ini terendam dalam air, hasil pucuk akan kurang memuaskan. Dengan di Agriplaza Farm kami sedaya upaya hendakkan yang terbaik untuk tanaman ini. Banyak kos telah dihabiskan untuk menanam dan hingga kini, hasil nya hanya 50% berjaya hidup dan selebihnya tidak tumbuh disebabkan keadaan tanah yang airnya bertakung.
Kami masih menunggu cuaca panas untuk memulihkan struktur tanah menggunakan mesin roto. Diharapkan selepas musin hujan bulan Dec ini berhenti, kerja2 baik pulih dapat dilaksanakan dengan baik.
E-Books "Kaedah Tanaman Pucuk Manis"
Saya bercadang untuk mencatitkan setiap masalah yang dihadapi dan penyelesaiannya agar menjadi rujukan dan garis panduan yang berguna dimasa hadapan. Isi kandungan E-book ini nanti sudah pasti akan berasaskan pengalaman saya dalam selok belok menguruskan projek ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan E-book ini harap bersabar, kerana saya menjangka projek ini mengambil masa 3-4 bulan untuk mengetahui status kejayaan atau sebaliknya.
Anak benih Pucuk Manis
Kepada anda yang berminat untuk mencuba menanam sayur pucuk manis, bolehlah hubungi saya untuk dapatkan anak benih. Harga 1 kilo adalah RM2.00 sahaja. 1 ekar lebih kurang 600 kilo diperlukan tetapi digalakan mencuba untuk 1/4 atau 1/2 ekar dahulu.
Nota :Sayur pucuk manis, boleh dituai selepas 3-bulan untuk tuaian pertama, untuk tuaian kerdua dan seterusnya, anda hanya perlu menuggu 45 hari sahaja.
Anggaran pendapatan 1 ekar jika menggunakan 1 orang pekerja adalah RM1000-RM1200 dalam masa 45 hari.